Wednesday, January 7, 2015

Projek Iqra' 2015

Insya' Allah Kelas Rakyat akan dibuka semula untuk semester pertama tahun 2015 mulai Februari 2015 di lokasi-lokasi yang sama seperti tahun lalu iaitu:
  1. Baitul Ehsan AlKhairi di Batu Caves, Selangor
  2. At-Taqwa Putra Perdana di Puchong, Selangor
  3. Casa Harapan
  4. Akademi i-Sina, Gombak (tidak dibuka kepada sukarelawan)
Jika sesiapa yang ingin menyertai sebagai sukarelawan,
boleh rujuk link kat atas dan hubungi koordinator lokasi tersebut.

Untuk tahun ini, insya' Allah lokasi Kelas Rakyat di komuniti PPRT akan bermula juga.
Ini adalah kali pertama Projek Iqra' mengadakan Kelas Rakyat di dalam komuniti. 

Dan berikut adalah senarai kempen yang telah pun dilancarkan pada 1 Januari 2015 yang ada boleh sertai:
  1. Kempen RM5 - peluang kepada orang ramai untuk menaja kos mengurus persatuan seperti sewa pejabat, bil-bil utiliti, dan lain-lain.
  2. Kelas Rakyat 2015 - Satu-satunya program Pembangunan Pendidikan yang memakan masa 6 bulan anjuran Projek Iqra’ ini kembali dengan lebih menarik pada tahun 2015.

No comments:

Post a Comment